hari ini nak kongsi sedikit tentang Internet
Seperti yang dijanjikan dalam artikel sebelum ini, artikel kali ini berkisar tentang celcom broadband. Admin layari internet di kampung gunakan celcom broadband inilah.
Awas, bukan promote celcom broadband ya. Anda bebas memilih apa2 pakej yang anda mahu dari syarikat lain.
Admin hanya nak beritahu pembaca2 sekalian bagaimana caranya untuk terus melayari internet di mana2 sahaja. Harapan saya dengan artikel ini, pembaca2 semua tahu bukan dengan Streamyx saja anda boleh melayari internet hehe.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih (Boleh rujuk website Celcom & Artikel di blog ini untuk lebih info)
1. Pay per use – 10sen / 10kb (Anda bayar untuk berapa kilobait yang anda guna)
2. Daily unlimited – RM8 / 24 jam tanpa had (Anda bayar RM8 untuk layari internet 1 hari tanpa had)
3. Monthly unlimited – RM68 / 1 bulan tanpa had (Anda bayar RM68 untuk layari internet sebulan tanpa had)
Nota – Syarikat2 lain seperti Maxis pun ada pakej2 masing. Boleh rujuk di website syarikat2 tersebut.
Murahlah Pakej Monthly Unlimited tu, Saya Nak Langganlah!
Sabar2. Untuk pengetahuan anda, untuk gunakan Celcom broadband, sekurang2nya anda perlukan
1. Komputer Desktop / Laptop / Notebook
2. Modem sama ada USB, Datacard atau GPRS/3G handphone
Checklist untuk diri anda sendiri sebelum langgan Celcom Broadband
Sebelum anda melanggan pakej2 Celcom Broadband, pastikan anda buat checklist di bawah ini terlebih dahulu
1. Tujuan/Kenapa nak langgan Celcom Broadband? – katakan anda memang perlukan internet di mana2 saja anda pergi, pastikan anda dah pun ada laptop terlebih dahulu hehe
2. Semak dengan Celcom adakah kawasan anda ada liputan 3G/GPRS? – membazir saja kan jika anda baru tahu kawasan anda tiada liputan 3G selepas langgan pakej ini.
3. Kemampuan bajet anda – katakan anda melanggan pakej monthly unlimited & gunakan Datacard sebagai modem seperti ayah saya, anda perlu keluarkan belanja sebanyak (RM 68/1 bulan) + (RM 900++ untuk Datacard)
Kesimpulannya, terpulang pada pembaca2 untuk buat keputusan sama ada langgan atau tidak. Ada juga macam2 masalah yang saya dengar.


