Salam semua dan selamat pagi.. Seperti biasa, jangan bimbang. Tajuk je omputih, tapi artikelnya dalam bahasa Melayu! Pada hari ini kita akan membincangkan serba sedikit akan cara untuk membuat 'Makmal Penggodam' (Asas) atau Hacker Lab.
Tetapan ini adalah asas dan boleh diubah suai mengikut citarasa dan kemampuan anda. Ia tidak rigid dan maksimum bagi sesuatu spesifikasi adalah bergantung kepada pengguna. Tetapan asas ini telah banyak dibincangkan dan jika ada yang anda ingin admin tambahkan lagi, kita boleh bincang dalam ruangan komen, ok?
Keperluan Untuk Makmal Asas Penggodam:
1. Komputer
Ya! Sudah semestinya kita perlukan kepada komputer. Spesifikasi komputer yang disarankan ialah mempunyai pemproses dengan kelajuan 1.7GHz ke atas, 120GB kapasiti cakera keras ke atas, RAM dengan kelajuan 2GB ke atas. Jika anda hanya mempunyai RAM berjumlah 1GB, admin menasihatkan agar anda kumpul duit (bagi pelajar) dan belilah RAM tambahan. Ini adalah penting untuk menjamin prestasi komputer anda berada pada tahap maksimum.
2. Virtual Machine
Ini diperlukan jika anda tidak mempunyai beberapa lagi PC yang lain untuk melengkapkan kerja-kerja bagi makmal anda. Untuk para pengguna biasa, admin mengesyorkan agar anda menggunakan Oracle VM Virtualbox kerana ia adalah perisian virtualisasi sumber terbuka, percuma, dan mudah digunakan serta tutorialnya terdapat di banyak blog-blog dan juga Youtube. Jika anda mahukan versi profesional, anda boleh mencuba mesin virtualisasi VMware.
3. Cloud Storage/Online Synchronization Service/Online Storage
Ok. Ini adalah ruangan maya untuk makmal anda. Ia penting untuk keperluan menyimpan pelbagai 'barang' anda di dalamnya. Untuk itu jika anda mahukan yang percuma, terdapat satu servis yang agak baik iaitu Dropbox.
4. Live USB/CD/DVD
Kebanyakan masa penggodam akan melakukan kerjanya dengan platform atau sistem operasi yang berbeza. Disebabkan itu Live USB adalah penyelamat kepada ruangan cakera keras yang boleh menempatkan pelbagai distro seperti BackTrack, Wifiway, Blackbuntu dan sebagainya.
5. Cakera Keras Luaran
Maya, maya juga. Tapi ruang penyimpanan fizikal perlu juga sebagai sandaran kepada ruang penyimpanan maya.
6. Alamat IP Statik
Alamat IP Statik amat diperlukan untuk melengkapkan proses kerja godaman. Anda boleh membelinya pada mana-mana servis yang menawarkannya di internet, tetapi admin menggalakkan anda mencari penyelesaian lain yang percuma. Sila Google caranya.
7. Tools Untuk Menyembunyikan IP
Perlukah lagi admin terangkan mengenainya kepada anda? Kecuali anda adalah pembaca baru blog admin, tidak kiralah anda penggodam atau pengguna biasa. Anda juga boleh memuat turun e-book di laman kesukaan admin di Anonymous Surfing dan membacanya supaya anda dapat tahu perkara asas, mengapa anda perlu menyembunyikan IP.
8. Internet Berkelajuan Tinggi
Ini juga adalah perkara yang sangat penting. Semua pekerjaan maya anda memerlukan kepada kelajuan internet yang konsisten dan tinggi. Unifi, meskipun mahal, adalah salah satu pilihan terbaik yang ada di Malaysia.
9. Tools Untuk Menggodam
Keylogger, Network Sniffer/Analyzer, Penetration Testing Tool, Password Cracking/Recovery Tool, Sosial Engineering Toolkit (SET), adalah antara contoh-contoh tool wajib yang anda perlu ada. Sila buat kajian mengenai semua tool ini ya.
Baiklah. Cukup dulu setakat ini sahaja. Jika anda mahu admin tambahkan lagi dalam senarai ini, sila berbuat demikian dalam ruangan komen. Kita jumpa lagi pada entri seterusnya!
Admin: Kebanyakannya jika anda perasan, ia sudah ada dalam distro Linux yang admin sangat sukai, iaitu Pinguy OS 11.04! Contohnya Perisian Dropbox, Oracle VM Virtualbox, Ubuntu One (Cloud Storage) dan macam-macam lagi!
Jika anda suka artikel ini, tolong klik button like fb kat bwh tu ye..jumpa lagi
Archive
-
▼
2011
(70)
-
▼
December
(58)
- Jom Berlagak Seperti Hacker atau Programmer
- Web Browser Terbaik, Terhebat, Terpantas!
- Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Malware?
- Thunderbird : Pengurus E-mel Semua Dalam Satu
- Basic Setup For Hacker Lab
- Hide My IP : Unlimited Trial
- Download Di 4shared.com Sebagai Premium? Bypass Ma...
- Download Laman Web/Blog Kepada PDF
- Apa Itu Honeypot?
- Ranking Hackers Mengikut Negara - It Is Good To Be...
- Pale Moon : Browser Yang Laju!
- Bagaimana Cara Mendapatkan Akses Ke Webcam Yang Ti...
- Jabatan Pertahanan U.S.A, Pentagon, NASA, NSA Tela...
- Virus Shortcut Remover Tool V3.1 UiTM
- Faedah-Faedah Menggunakan Linux
- Apakah Perbezaan Mas Kahwin dan Hantaran?
- Panduan Shopping di Internet
- Surf internet di mana saja – celcom broadband
- Panduan Download Software dan Movie
- [Tips] Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash
- Vokalis Asian Kung-Fu Generation adalah sebuah Fan...
- Jom Santai : Dengar lagu Girls Generation - The Boys
- Padam monitor secara automatik sambil meneruskan m...
- Komen Ariff Alfian Mengenai Status Agamanya "Saya ...
- Maklumat tentang Diri Ariff Alfian (Gay Melayu) & ...
- Adam Adli, Mohonlah Kemaafan !
- Window 7 black screen but active cursor
- Hikayat Badut Putih Bermain Di Air
- Entah ape2
- Apa Itu Driver?
- Pulihkan Task Manager, Regedit, dan Folder Options...
- Gunakan CD Ubuntu Untuk Recover Data
- Simpan Laman Web Yang Berguna Di Delicious
- Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu
- Internet Download Manager 6.07 Build 7 Full Crack
- Download Video Di Youtube Tanpa Menggunakan Perisian
- Sukakan Windows 7 Tapi Bosan Dengan Virus? Tukar K...
- Cara memperbaiki komputer hang
- Buka Fail PDF Dengan Pantas Menggunakan Foxit Reader
- Apa itu PDF?
- Susun tetingkap sebelah-menyebelah pada Windows 7
- IDM Optimizer : Tingkatkan Kelajuan IDM Dengan Sat...
- Thomas Suarez : Pembangun Aplikasi iPhone, Budak D...
- Cara-cara Install Ubuntu 9.04
- Internet Download Manager 6.05 Built 14 Including ...
- Makna Freeware dan Open Source
- Cara Menyembunyikan Folder Dan Fail Dalam Komputer...
- Cara Melajukan Youtube
- Assalamualaikum dan Apa khabar? Speed Test A...
- Cara-cara format komputer dan pasang (install) Win...
- Salam. Ini adalah Entri yang telah diedit daripada...
- Filem Hacker Terbaik
- Iran Godam Pesawat Drone RQ-170 Sentinel AS
- 10 Software yang Mesti Ada Dalam Windows
- Persiapan Sebelum Format Komputer
- Assalamualaikum dan Apa khabar?Satu gambar lama d...
- 5 Fakta Menarik IT
- Lame menghilang?
-
▼
December
(58)
Categories
- Ceritera (6)
- cinta (2)
- Fakta IT (15)
- percutian keluarga (1)
- software (15)
- Tarbiah (1)
- Tutorial IT (38)
Layannn
Popular Posts
-
Salam, sdah seminggu x update blog nih..sgt sibuk dgn pelbagai kerja ditambah lagi bru je habis kursus selama 2 hari, moga dipermudahkan All...
-
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu se...
-
salam kerinduan bt sahabat sahabiah walau di mana pun berada..moga-moga berada di dalam rahmat Allah hendaknya. ana cuba utk memikirkan apa ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku ingin bangkitkan satu isu yang boleh dikatakan hangat waktu sekarang iaitu berkaitan den...
-
HOLA.... Salam kpd sume sahabat dan sahabiah sekalian...sdh lme sgt2 ana x update blog ni...hmm...da rmi yg complain sbb x u[date blog niii...
-
Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager , Registry Editor , d...
-
Salam semua..lame x update.. hari ini agak keletihan sebab baru je sampai kt Maktab... Ok lah,hari ini nak kongsi sedikit berkaitan dgn ...
-
Dalam dunia ini anda kena akui, tak semua bos atau pegawai itu betul-betul 'pandai'! Hehe! Kadang-kadang bila sedang tidak sibuk, ...
-
Salam..hari ni admin nak cerita tentang satu lagi web browser yang mendapat perhatian khusus dari admin.. Selepas Mozilla Firefox 4 dilanc...
-
Salam semua...Adoi lama betul tak post entri,x habis2 dengan info2 komputer kn...nk buat macam mane,da minat kn .Apa khabar semua Sihat?huhu...
Mutiara Hikmah
Mulakan Harimu Dengan Senyuman Yang Ikhlas



