PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk.
Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas.
Kalau nak buat fail PDF pula, Microsoft Word pun boleh digunakan. Dah habis tulis dokumen anda, tukarkan fail Word tersebut kepada PDF menggunakan CutePDF Writer. Nak lebih mudah, gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.



