Siapa yang tidak sukakan Windows 7? Dengan segala macam perisian yang boleh disumbat-muatkan ke dalamnya, dengan beberapa lagi tweak untuk faktor 'eye-candy', menjadikan ia OS yang sangat digemari
Zorin boleh dikatakan sangat serupa dengan tampilan Windows 7, cuma faedahnya ialah ia PERCUMA dan BEBAS dari WINDOWS VIRUS. Lihat pada paparan skrin di bawah. Sangat kemas dan cantik!
Zorin OS sudah tersedia dengan mode 3D Desktop Environment. Err.. Did I just said 3D?
Sangat mesra kepada pengguna Windows yang ingin berhijrah kepada Linux. Oh ya. Lupa pula hendak beritahu. Ketika proses boot berjalan, admin dapat lihat paparan seakan proses boot PCLinuxOS. Namun setelah selesai boot ke desktop, admin dapat lihat pula pelbagai kemudahan atau tools yang dibuat untuk Ubuntu. Jelas sekali ia merupakan gabungan antara keduanya (kalau tak silap).
Lihat paparan skrin di bawah. Zorin menyediakan 'Internet Browser Manager'. Chrome sudah tersedia, dan pelayar web yang lain tinggal klik sahaja untuk memasangnya.





