Wednesday, December 21, 2011

[Tips] Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash

Rasanya ramai peminat web browser Google Chrome kat internet dan admin juga salah seorang daripada peminatnya. Kepantasan dan interface yang simple adalah sebab utama kenapa saya lebih suka google chrome melebihi web browser lain terutamanya Firefox yang menjadi kegemaran sebahagian besar pengguna internet seluruh dunia. Sila rujuk review web browser yang saya tulis di sini.

Disebalik kelebihannya tadi, timbul pulak isu kestabilan yang kadang-kadang mengundang rasa menyampah bila pakai Chrome ni. Isu kestabilan yang dimaksudkan ialah kebarangkalian perisian Chrome ini crash ketika setiap kali kita menggunakannya. Berdasarkan pengalaman, paling lama bertahan pun dalam masa 20 minit sebelum crash dan hanya bertahan selama 2 atau 3 minit jika Goole Chrome direstart semula. Maknanya bila sekali dia buat hal, memang korang kena restart balik la komputer tu sebelum ianya boleh digunakan kembali. Kalau setakat restart program je memang lagi kerap dia buat hal. Agak menyusahkan bukan?

Jika dirujuk pada komen entri sebelum ni, memang ramai yang mengalami masalah yang serupa. Yang peliknya version dah nak masuk ke-10 dah (tapi tak keluar lagi la ye). Tak kan masih tak stabil lagi ye tak? Harap-harap google dapat memperbetulkan masalah ini untuk versi yang akan datang.

Alhamdulillah, akhirnya ada satu langkah penyelesaian yang admin jumpa dan terbukti berkesan. Untuk pengetahuan semua, Chrome sebenarnya ada ‘software conflict’ dengan Internet Download Manager (IDM). Maksudnya chrome memang tak ngam atau bahasa kampungnya ‘not compatible’ bila digunakan sekali dengan IDM. Sebab tu la selalu crash.

Untuk menyelesaikan masalah ini, korang kena disable Advance Browser Integration pada IDM. Caranya:

1) Sila launch IDM

2) Cari button ‘option’ di bahagian atas

3) Tekan button ‘general’

4) Sila buang tick pada kotak ‘Google Chrome’ yang terdapat dalam menu ‘Integrate IDM into browsers’


5) Tekan ‘ok’ dan restart semula komputer.

Setakat hari ini, lepas setting tadi diubah, memang dah tak pernah crash dah. Senang je kan macam kacang goreng! Tak integrate dengan IDM bukan masalah yang besar kepada saya sebab bukan kaki download. Guna ‘built-in downloader’ sedia ada pun dah cukup untuk download fail bersaiz kecil.

Apa pun, langkah ini mungkin tak menyelesaikan masalah semua pengguna Chrome sebab takut ada masalah lain yang menyebabkan Google Chrome korang crash. Cuma mungkin masalah sebahagian besar pencinta Chrome dapat diselesaikan kerana ramai rasanya yang guna IDM sebagai ‘default download manager’ masing-masing.

Harap-harap penyelesaian ringkas ini dapat membantu dan selamat mencuba!