salam semua..ni entri berkaitan IT pula...lupakan sekejap isu Ariff Alfian..jom santai...
Minat tak muat turun?tak kira lah apa-apa pun..movie ke, gambar ke, lagu ke, bagi peminat tegar filem seperti admin, admin suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk muat-turun filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur. Jadi admin tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.
Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.
Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang admin letakkan di atas, admin tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses muat-turun berjalan.
sampai di sini dulu entri admin..tunggu ye untuk entri-entri lain pula..jumpa lagi


