Assalamualaikum...
sudah setahun rasanya x update blog berkaitan dengan cintan cintun ni kan..hehehe...nak buat macam mana, mungkin masih muda lagi kot, muda lagi ke? urmmm..ok lah..semalam ada berbincang dengan seorang kawan, insyaallah kalau tiada masalah apa2, dia akan bertunang dengan lelaki pilihannya..syukur alhamdulillah admin ucapkan kepadanya, moga ke jinjang pelamin admin doakan..hehe..poyo x intro?hehe...
Semalam admin berbincang dengan kawan berkaitan dengan hantaran, katanya yang ayahnya itu terlalu mengikut adat-adat orang melayu dengan meletakkan hantaran yang tinggi. katanya lagi ayahnya malu kalau letak hantaran rendah2...hurmmm...
Apa pendapat anda?
Bagi admin, admin rasa x salah kalau nak ikut adat, tak kira lah adat mana pun, asalkan tidak menyusahkan orang lain terutama dalam hal-hal berkaitan dengan nikah kahwin ini...hadis nabi pun ada menyatakan bahawa jangan membazir dalam hantaran. insyaallah akan bertambah berkat rumahtangga...
Berbalik pula soal tadi, macam mana islam memandang soal ini? di bwh ini admin sertakan artikel berkaitan dengan perbezaan mas kahwin dan hantaran yang admin baca tadi sblm buat entri ini..huraiannya cukup cantik...moga jadi perkongsian bersama...

Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan, manakala dalam seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tafsiran maskahwin bererti “pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan.
Pembayaran mas kahwin boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.

Dalam masyarakat kita hari ini, adalah menjadi kebiasaan memberi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia.
Dalam adat negeri Selangor, hantaran diertikan sebagai hadiah sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan yang diberikan oleh suami kepada isterinya semasa majlis perkahwinan dilangsungkan dan ia digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan, sepertimana yang dinyatakan dalam takrifan, hantaran adalah berbeza diantara adat setempat, jika di Kedah dan Pulau Pinang wang hantaran diberikan kepada ibu bapa bakal pengantin dan terpulang samada dibelanjakan atau diberikan kepada anaknya manakala di Kelantan dan Terengganu hantaran dianggap sebagai maskawin maka ia menjadi milik mutlak pihak isteri.
Duit hantaran hanyalah adat di dalam perkahwinan melayu dan telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Jumlah duit hantaran ditawarkan oleh pihak lelaki, tetapi duit hantaran sebenar ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan yang selalunya dibincangkan semasa proses peminangan atau pertunangan.
Untuk pengetahuan, harga hantaran semasa sekarang di antara RM5000 hingga RM10,000. Lebih daripada itu, dah kira rezekilah. Tidak dinafikan ada juga keluarga yg sengaja menetapkan duit hantaran yang mahal, namun pada pendapat PakarCinta eloklah jika duit hantaran ditetapkan dipersetujui kedua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki untuk menyediakannya.
Tak guna buat pinjaman sana sini utk menyediakan duit hantaran berpuluh ribu untuk kenduri besar-besaran sehingga membazir, namun akhirnya pengantin hidup merana selepas berkahwin kerana berhutang keliling pinggang.
Untuk pengetahuan, harga hantaran semasa sekarang di antara RM5000 hingga RM10,000. Lebih daripada itu, dah kira rezekilah. Tidak dinafikan ada juga keluarga yg sengaja menetapkan duit hantaran yang mahal, namun pada pendapat PakarCinta eloklah jika duit hantaran ditetapkan dipersetujui kedua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki untuk menyediakannya.

Berapapun jumlah maskahwin ataupun hantaran yang ditentukan samada oleh adat atau keturunan seseorang, akhirnya kita perlu kembali kepada sebaik-baik jumlah yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW terjemahannya berbunyi:
“Sebaik-baik maskahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah” [Abu Dawud]Atau sekiranya tidak berkemampuan langsung maka sabda rasul lagi;
Carikanlah (sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin) walaupun sebentuk cincin dari besi. [Bukhari dan Muslim]