Monday, December 19, 2011

Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu

Ilmu komputer adalah sangat luas, terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari setiap hari. Dan, tiada ilmu yang lebih mudah difahami daripada ilmu yang disampaikan dalam bahasa ibunda sendiri, kan?
Artikel ini akan menyenaraikan blog-blog komputer yang disampaikan dalam bahasa melayu. Jika anda ada sebarang tambahan, sila nyatakan di ruangan komen ya.

Sembang Komputer


Sembang Komputer mengandungi pelbagai tips dan tutorial dalam menggunakan perisian, serta penyelesaian kepada masalah komputer yang selalu dihadapi. Diketuai oleh MK, Sembang Komputer juga mempunyai beberapa penulis jemputan seperti NoktahHitam danLife4Hire.

InfoMalaya


InfoMalaya adalah berkonsepkan pengumpulan ilmu yang berkaitan teknologi, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan web. Diketuai oleh Bat yang kacak, InfoMalaya juga mempunyai beberapa penulis tambahan seperti AzraaiArynetJunaidixAffuan,Awqi_zarIrfanJani, dan MK.

Amanz


Amanz adalah antara satu-satunya blog komputer tempatan yang khusus kepada berita teknologi sahaja. Ianya meliputi perkembangan teknologi semasa baik di peringkat global mahupun tempatan. Pemilik blog ini, Aman, juga menulis tentang berita Linux diLinuxMalaya.

AMBNaC


Meskipun nama blog ini agak panjang, namun ianya berbaloi untuk disimpan ke dalam bookmarks anda. Artikel komputer di sini biasanya bersifat teknikal, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sekuriti. Blog ini diuruskan oleh TMUkmkd.

Ubuntu Untuk Malaysia


Seperti namanya, Ubuntu Untuk Malaysia adalah sebuah blog yang fokus kepada Ubuntu dan sumber terbuka. Diketuai oleh Zul, Ubuntu Untuk Malaysia juga mempunyai beberapa penulis jemputan yang lain.

Sifoo


Sifoo adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Pelbagai tutorial dan muat turun yang berkaitan dengan Photoshop boleh didapatkan di sini. Sifoo diasaskan oleh Imran Abdul Jabar.

JomPHP


JomPHP mengandungi tips-tips komputer dan internet, serta tutorial pengaturcaraan web seperti PHP dan HTML. Ditulis oleh EiNS dan Cyberfly.

Dilarang Melarang


Dilarang Melarang adalah sebuah blog peribadi milik Marzuki. Selain daripada entri peribadi, ia juga mengandungi tutorial dan panduan bagi pengguna Blogspot.

Eriyza


Blog milik Eriyza ini banyak menceritakan tentang tips komputer khususnya buat pengguna wanita, serta pelbagai tutorial yang berkaitan dengan pengubahsuaian Blogspot.

Kill-Vearn


Kill-Vearn merupakan sebuah blog peribadi milik Syah, yang juga mempunyai tips-tips dalam penggunaan perisian dan internet.

Wanita & Komputer


Seperti namanya, blog Wanita & Komputer ditulis WaidaKmy, bertujuan untuk membantu wanita dalam penggunaan komputer.

Masalah Komputer


Masalah Komputer ditulis oleh PakNik, di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam membetulkan komputer pelanggan.

My Windows XP



MyWindowsXP ditulis oleh Dekan, dan mengandungi tips-tips dalam menggunakan Windows XP.

Hardyw3b


Hardyw3b adalah blog peribadi milik Adi, dan mengandungi pelbagai artikel tentang perisian, terutamanya yang berkaitan dengan sumber terbuka.

Cekap Komputer


Cekap Komputer ditulis oleh juruteknik komputer dari Sabah, E_peace6679. Blog ini mengandungi penyelesaian kepada masalah komputer dan virus.

Kedai Gambar Ku


Kedai Gambar Ku ditulis oleh Hafiz, dan mengandungi tips dan tutorial komputer terutamanya yang berkaitan dengan Photoshop.

Tech IT


TechIT mengandungi artikel tentang berita teknologi, gajet, dan permainan komputer.

Kongsiblog


Kongsiblog mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan internet, daripada Sabri Ahmad.

Anjung PC


Anjung PC mengandungi artikel yang berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet, daripada Starline.