Wednesday, December 21, 2011

Pale Moon : Browser Yang Laju!

Salam..dah baca tajuk? kali ni admin nak memperkenalkan kepada anda semua sebuah browser yang laju, yang berasaskan Mozilla Firefox, iaitu Pale Moon..

Anda tentu tahu sebelum ini admin pernah membuat ulasan mengenai web browser ..kali ini, admin

nak beritahu ada sebuah lagi web browser yang mendapat perhatian dari admin iaitu Pale Moon..kali pertama menggunakannya, admin langsung tidak teruja..masakan tidak, lihat sahaja screenshot di bawah ini, sama saja seperti Mozilla Firefox, tiada apa yang lain dari segi paparan antaramuka penggunanya..


Namun setelah menjalanankan ia beberapa kali, apa yang boleh admin katakan ia agak laju, malah lebih laju dari Firefox..ini adalah kerana beberapa setting yang optional (pilihan) telah 'dimansuhkan' atau ditiadakan..tambahan pula, ia sememangnya dicipta untuk dioptimalkan penggunaannya pada sistem operasi Windows sama ada Windows 7 mahupun XP..dengan mengoptimalkan sepenuhnya penggunaan ciri 'internet browsing', Pale Moon mampu menambat hati para pengguna Firefox kerana ianya lebih stabil dan dinamik..ia juga menyokong Firefox Add-On, Theme, dan Personas..pendek kata, ia telah dicipta untuk pelayaran internet yang lebih pantas, stabil dan efisien dengan hanya memilih setting yang betul-betul diperlukan sahaja..

Yang paling menarik, anda boleh dapatkan Pale Moon versi mudah alih (portable) dari laman web rasminya berbanding Firefox, yang mana versi portablenya hanya boleh didapati dari laman-laman lain yang tidak rasmi dan ini boleh menyebabkan anda, para pengguna terdedah dengan Malware seperti Keylogger, Virus dan lain-lain..Pale Moon menggunakan memori yang sedikit kerana fungsi-fungsi yang jarang digunakan telah ditiadakan dalam pilihannya (Options)..

Jadi..apa kata anda semua? mahu mencuba Pale Moon?
anda boleh memuat turun Pale Moon dari laman web rasminya iaitu ---> Pale Moon