Sebenarnya apa yang berlaku ialah laman tersebut menyimpan fail yang sebenar dalam satu tempat penyimpanan berbeza (Container) dan apabila IDM ingin 'menangkap' fail yang ingin dimuat turun itu, ia 'dilarang' sama sekali (Forbidden). Sebab itulah yang terhasil cuma fail HTML.
Kita sebenarnya boleh memaksa fail itu masuk ke dalam IDM dengan menggunakan kaedah 'Force Downloading'.
Pertama sekali, anda perlu lakukan integrasi antara IDM dan pelayar web anda. Jika anda menggunakan Firefox, anda boleh lakukannya menggunakan Addon IDM CC (Versi terkini ketika entri ini ditulis ialah 7.3.11).
RUJUK: FireFox Browser Integration
Untuk pelayar web Google Chrome, anda boleh gunakan Chrome Download Assistant.
RUJUK: Mengintegrasikan Prozgui Faster Dengan Firefox dan Google Chrome
1. Kemudian, klik pada Downloads -> Options

2. Kemudian, klik pada butang 'Keys'.

3. Tandakan pada kekunci yang anda mahu. Contoh pada gambar di bawah, admin menggunakan kekunciCtrl untuk membuat Force Downloading.

Contoh penggunaan, jika anda berdepan dengan laman perkongsian 'kedekut', main simpan-simpan fail seperti Filesonic (Itupun kalau tak ditutup lagi akibat SOPAK), apabila tiba pada butang 'Download', anda perlu klik pada kekunci Ctrl (Contoh dari admin) kemudian baru diikuti dengan klik pada butang tersebut.


