Salam,
Membaca artikel diatas membuatkan aku terpanggil untuk mengulas. Walaupun kesibukan aku mengatasi segalanya, tetapi dalam hal ini tergerak hati ingin melontarkan sedikit pandangan.
Alhamdulillah, Ramadhan baru saja berlalu dan walaupun syawal sudah masuk minggu terakhir tapi mood raya masih lagi terasa buat setengah orang yang benar2 menjiwainya. Dalam bulan Ramadhan yang lepas banyak tazkirah yang telah diadakan, malah boleh dikatakan setiap masjid atau surau mengadakan tazkirah2 ringkas ini. Dan didalam banyak tazkirah adalah terselit satu dua pandangan dari ustaz dan cerdik pandai ugama dalam isu "sekolah harapan" ini. Boleh dikatakan semuanya memberi pandangan yang sama iaitu "tidak setuju" diadakan "sekolah harapan" ini. Atas alasan menggalakkan lagi perlakuan zina di luar sana kerana kaedah untuk menutupi pelaku zina ini sudah tersedia.
Banyak orang punya pandangan yang berbeza2, malah bila membaca cadangan kepada pembinaan sekolah ini adalah untuk membantu pelaku zina dan anak yang tidak berdosa ini kembali ke jalan yang lurus patutlah dibanggakan. Malah memberi satu kaedah penyelesaian buat ibubapa yang malu atas pelakuan anak mereka dengan menghantar ke sekolah tersebut. Bunyi macam menarik dan indah sekali langkah penyelesaian yang diambil. Tapi pernah tak kita berfikir akan berlaku lagi perkara2 ini berulang-ulang kali. Dan akhirnya kaedah yang digunakan ini hanyalah bersifat sementara semata-mata. Kalau ikut kaedah sistem pengurusan kualiti (QMS), hanyalah tindakan segera sahaja berbanding pencegahan. Malah dalam QMS, tindakan yang diambil boleh diabaikan sahaja kerana tidak efektif kerana berlaku pengulangan kepada permasalahan itu, dan perlu kepada tindakan pencegahan yang baru.
Berbalik kepada isu di atas, dimanakah silapnya sistem di Malaysia ini? Kalau tengok kepada masalah kemalangan jalanraya ketika musim perayaan, statistik kematian akibat kemalangan tidak pernah berubah malah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Buatlah ops sikap 1000 kali pun, tapi jika sistem itu sendiri bermasalah sampai kiamat pun tak akan selesai. Sama jugalah kesnya dengan "sekolah harapan" ini.
Tindakan yang diambil oleh kerajaan Melaka ini kalau difikir dengan lojik akal nampak bagus sekali tetapi kaedah penyelesaian hanya bersifat sementara. Lalu apakah kaedah yang terbaik? Tepuk dada tanyalah iman. Jika kita rasa diri kita seorang muslim yang beriman, tak payah dok pening kepala, balik saja kepada islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW. Allah SWT menciptakan manusia dan DIA Maha Mengetahui apa yang DIA kehendaki. Dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW Al Quran yang merupakan mukjizat yang tidak perlu disanggah lagi. Untuk apa? Itulah didalamnya terkandung sistem yang perlu kita umat manusia ikuti disamping Hadis Rasulullah yang mengajarkan tentang kehidupan dalam islam itu sendiri.
Lalu kenapa kita dok pening2 kepala nak memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang diatas tu. Allah SWT telah membuat satu sistem yang terbaik untuk hambaNya, Hairan kenapa manusia masih tak mahu mengambilnya sebagai jalan hidup manusia itu sendiri.
Tanya balik diri kita, Siapa diri kita? Untuk apa kita diciptakan? Dan mahu ke mana kita akhirnya? Kenapalah manusia begitu sombong sangat dengan Allah.
Berbalik kepada sistem, jika sistem saja baik tapi masih ada yang tidak memahaminya dan tidak diamalkan, sistem hanya tinggal sistem yang hanya menjadi hiasan semata2. Lalu apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem dapat berjalan. Inilah persoalannya? Banyak kaedah penyampaian yang digunakan untuk menyampaikan perkara yang baik ini. Cuma persoalannya, adakah sampai ataupun tidak kepada golongan sasaran? Inilah peri pentingnya dakwah dalam masyarakat, jika berkesan insyaallah ramailah yang akan ikut jalan yang lurus, dan sebaliknya jika tak berkesan jadilah orang yang mendengar hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Dan akhirnya permasalahan ini hanya menjadi beban kepada pendakwah untuk menyedarkan manusia.
Kesimpulannya, pendapat aku sebagai hamba yang hina ini, yang banyak kekurangan dalam ilmu Allah ini. Jika air laut digunakan sebagai tinta untuk menulis ilmu Allah ternyata tidak cukup untuk menulisnya. kefahaman terhadap islam itu amat penting. Kita boleh ajak orang kepada kebaikan tetapi jika orang itu sendiri tidak memahami untuk apa kebaikan itu, sia2lah ajakan kita. Tapi jika ia faham kebaikan akan membawa kita ke mana, Insyaallah kebaikan itu akan berbalik kepada diri orang itu sendiri.
Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak baik adalah atas kelemahan hamba yang hina ini.
Wallahua'alam
Archive
Categories
- Ceritera (6)
- cinta (2)
- Fakta IT (15)
- percutian keluarga (1)
- software (15)
- Tarbiah (1)
- Tutorial IT (38)
Layannn
Popular Posts
-
Salam, sdah seminggu x update blog nih..sgt sibuk dgn pelbagai kerja ditambah lagi bru je habis kursus selama 2 hari, moga dipermudahkan All...
-
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu se...
-
salam kerinduan bt sahabat sahabiah walau di mana pun berada..moga-moga berada di dalam rahmat Allah hendaknya. ana cuba utk memikirkan apa ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku ingin bangkitkan satu isu yang boleh dikatakan hangat waktu sekarang iaitu berkaitan den...
-
HOLA.... Salam kpd sume sahabat dan sahabiah sekalian...sdh lme sgt2 ana x update blog ni...hmm...da rmi yg complain sbb x u[date blog niii...
-
Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager , Registry Editor , d...
-
Salam semua..lame x update.. hari ini agak keletihan sebab baru je sampai kt Maktab... Ok lah,hari ini nak kongsi sedikit berkaitan dgn ...
-
Dalam dunia ini anda kena akui, tak semua bos atau pegawai itu betul-betul 'pandai'! Hehe! Kadang-kadang bila sedang tidak sibuk, ...
-
Salam..hari ni admin nak cerita tentang satu lagi web browser yang mendapat perhatian khusus dari admin.. Selepas Mozilla Firefox 4 dilanc...
-
Salam semua...Adoi lama betul tak post entri,x habis2 dengan info2 komputer kn...nk buat macam mane,da minat kn .Apa khabar semua Sihat?huhu...
Mutiara Hikmah
Mulakan Harimu Dengan Senyuman Yang Ikhlas


